Bahasa:
Tentang småles
4 - 7 Tahun
8 - 12 Tahun
Aktiviti & Promosi
Stor Shroom
Sudut Ibu Bapa
Log Masuk
Bahasa: English
FAQ untuk småles
Semua yang perlu anda tahu tentang
menjadi warganegara Småland
Sara adalah Maharatu Småland. Hati yang besar, merah dan berbulu yang telah menjaga Småland selama lebih daripada 1,000 tahun. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sara, klik di sini.
Menjaga pasport anda. Menjaga diri anda. Menjaga rakan-rakan småle yang lain. Dan akhir sekali, menjaga hutan ajaib, termasuk Bug House dan småles shroom. Pelihara persekitaran kita dengan rasa hormat dan kasih sayang.
Bilik main Småland di gedung-gedung IKEA adalah replika Småland daripada yang sebenar. Kami membina Småland ini agar kanak-kanak yang bukan småle dapat menikmati keseronokan berada di Småland - asalkan mereka mengikut had ketinggian.
+
-
Anda boleh menebus barangan seperti T-shirt småles atau menggunakannya untuk menyertai bengkel atau acara.
Apabila anda mengimbas di småles shroom, tiada lagi kredit kunjungan akan direkodkan dan anda juga tidak akan menerima stiker lagi. Bagaimanapun, anda masih boleh mengeluarkan dållar småles anda untuk menebus barangan dan mencetak kupon hidangan anda untuk setiap satu hari.
Bawa surat khabar untuk dikitar semula dan perolehi kredit hijau. Atau sertailah pertandingan yang diberitahu melalui Berita Bug.
Hanya imbas pasport anda di småles shroom dan keluarkan amaun yang anda perlukan dengan mencetak kupon wang. Bawa kupon ini ke Bug House dan lakukan penebusan anda.
Tidak, keistimewaan kewarganegaraan anda adalah untuk dinikmati oleh diri anda sahaja. Mengikut undang-undang negeri Småland, adalah tidak sah untuk membenarkan orang lain menggunakan pasport anda dan membuat urus niaga lain di Bug House atau småles shroom dengan kehadiran anda. Begitu juga dengan penggunaan kupon minuman percuma dan kupon hidangan kanak-kanak berdiskaun. Hanya seorang småle layak untuk menggunakan keistimewaan ini.
Setiap ahli småle bertanggungjawab terhadap akaun Smålishnya demi untuk tidak menyalahgunakan dållars Smålish. Jika anda ingin mengeluarkan atau mendapatkan dållar untuk menebus barangan atau kitar semula kertas, anda mesti datang ke Bug House bagi berbuat demikian.
Ya, dållar dalam akaun småles anda akan luput. Dållar yang diperolehi untuk satu tahun kalendar (Jan-Dis) akan luput pada 31 Disember, dua tahun kemudian. Dållar anda juga akan luput pada penghujung bulan hari lahir anda yang ke-13, mengikut mana-mana satu yang lebih awal. Sebagai contohnya, Dållar yang diperolehi dari Jan – Dis 2012 akan luput pada 31 Dis 2014.
Kredit hijau akan diberi bagi menganjar småles kerana melakukan satu kebaikan “hijau”. Bawalah surat khabar untuk bubur kertas Sara. Bagi setiap 1kg surat khabar adik bawakan, adik akan mendapat 1 kredit hijau.
Anda boleh menebus kredit hijau anda untuk mendapatkan dållar småles. Setiap 3 kredit hijau akan memberikan anda $0.50 dållar småles.
Ya, dållar dalam akaun småles anda akan luput. Kredit hijau yang diperolehi untuk satu tahun kalendar (Jan-Dis) akan luput pada 31 Disember, dua tahun kemudian. Dållar yang ditebus menerusi kredit hijau anda juga akan luput pada 31 Disember, dua tahun daripada tarikh penebusan.
+
-
Anda akan menerima poskad daripada kami pada bulan hari lahir anda yang ke-13. Nikmatilah kek percuma di Restoran IKEA sebagai hadiah kami untuk anda, dan semoga anda mendapat lebih keseronokan dan pengembaraan di luar dunia Småland.
Kami ingin anda menjadi warganegara Småland selamanya, tetapi apabila manusia mencapai umur 13 tahun (pada bulan hari lahir mereka), mereka menjadi halimunan kepada kami dan memandangkan kami tidak dapat melihat anda, kami boleh berjalan menembusi anda! Selama 1,000 tahun, perkara ini memang berlaku kepada semua hati besar yang berbulu dan berwarna merah. Sistem pencernaan mereka yang berusia 13 tahun juga tidak dapat mencerna bubur kertas yang warganegara Småland makan. Itulah sebabnya kami terpaksa mengucapkan Hej då apabila anda semakin dewasa. Jangan bersedih kerana kita dan kesemua warganegara Småland akan sentiasa mengingati satu sama lain.
Adik akan menerima surat hari lahir adik yang ke 13 satu – dua minggu sebelum bulan hari lahir adik yang ke 13. Jangan lupa untuk mengemaskini alamat surat-menyurat adik jika adik berpindah ke alamat baru!
+
-
Soalan lagi? Klik di sini.
Ada cadangan atau pertanyaan?
Berkongsilah bersama kami!
X
Hantar