Bahasa:

The IKEA Kids Club

Surat@smales


Bahasa: English

FAQ untuk Ibu bapa

Siapakah Sara?

Sara adalah Maharatu Småland. Hati yang besar, merah dan berbulu yang telah menjaga Småland selama lebih daripada 1,000 tahun. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sara, klik di sini.

Latar Belakang Småland

+

-

Bolehkah saya atau orang lain menggunakan pasport anak saya untuk mengimbas di småles shroom?

Tidak, keistimewaan kewarganegaraan adalah untuk dinikmati oleh anak anda sahaja. Mengikut undang-undang negeri Småland, adalah tidak sah untuk membenarkan orang lain menggunakan pasport anak anda dan membuat urus niaga lain di Bug House atau småles shroom dengan kehadiran anda. Begitu juga dengan penggunaan kupon minuman percuma dan kupon hidangan kanak-kanak berdiskaun. Hanya seorang småle layak untuk menggunakan keistimewaan ini.

Apa yang boleh anak saya lakukan dengan dållar dan sänt småles dia?

Anak anda boleh menebus barangan seperti T-shirt småles atau menggunakannya untuk menyertai bengkel atau acara.

Apa yang akan berlaku jika kredit kunjungan anak saya telah mencapai maksimum 10 dållar småles?

Apabila anak anda mengimbas di småles shroom, tiada lagi kredit kunjungan akan direkodkan dan anak anda juga tidak akan menerima stiker lagi. Bagaimanapun, anak anda masih boleh mengeluarkan dållar småles untuk menebus barangan dan mencetak kupon hidangan untuk setiap satu hari.

Bagaimana anak saya boleh memperolehi lebih dållar småles?

Bawa surat khabar untuk dikitar semula dan perolehi kredit hijau. Atau sertailah pertandingan yang diberitahu melalui Berita Bug.

Bagaimana anak saya boleh melakukan penebusan?

Anak anda hanya perlu imbas pasport di småles shroom dan keluarkan amaun yang dia perlukan dengan mencetak kupon wang. Bawa kupon ini ke Bug House dan lakukan penebusan.

Bolehkah saya mengabungkan pasport untuk menebus semula barangan?

Tidak, mengabungkan pasport untuk menebus barangan adalah tidak dbenarkan. Anak anda boleh mendapatkan dållars untuk menebus barangan dengan mengitar semula surat khabar atau mengunjungi gedung-gedung IKEA.

Bolehkah saya menebus semula barangan atau mengitar semula kertas bagi anak saya?

Setiap ahli småle bertanggungjawab terhadap akaun Smålishnya demi untuk tidak menyalahgunakan dållars Smålish. Jika anak anda ingin mengeluarkan atau mendapatkan dållar untuk menebus barangan atau kitar semula kertas, mereka mesti datang ke Bug House bagi berbuat demikian.

Adakah dållar anak saya akan luput?

Ya, dållar dalam akaun småles anak anda akan luput. Dållar yang diperolehi untuk satu tahun kalendar (Jan-Dis) akan luput pada 31 Disember, dua tahun kemudian. Dållar anak anda juga akan luput pada penghujung bulan hari lahir anak anda yang ke-13, mengikut mana-mana satu yang lebih awal. Sebagai contohnya, Dållar yang diperolehi dari Jan – Dis 2012 akan luput pada 31 Dis 2014.

Apakah kredit hijau dan cara bagi anak saya mendapatkannya?

Kredit hijau diberi untuk menganjar småles kerana membuat satu kebajikan “hijau”, iaitu dengan membawa surat khabar untuk bubur kertas Sara. Untuk setiap 1kg surat khabar yang anak anda bawa akan melayakkannya mendapat 1 kredit hijau. Terdapat pertandingan “hijau” dalam Berita Bug juga untuk mendapat kredit hijau.

Apa yang boleh anak saya lakukan dengan kredit hijau?

Anak anda boleh menebus kredit hijau untuk mendapatkan dållar småles. Setiap 3 kredit hijau akan memberikan anak anda $0.50 dållar småles.

Adakah kredit hijau akan luput?

Ya, dållar dalam akaun småles anak anda akan luput. Kredit hijau yang diperolehi untuk satu tahun kalendar (Jan-Dis) akan luput pada 31 Disember, dua tahun kemudian. Dållar yang ditebus menerusi kredit hijau anda juga akan luput pada 31 Disember, dua tahun daripada tarikh penebusan.

Keistimewaan Ahli

+

-

Mengapakah data peribadi saya perlu diambil?

Ikano Handel Sdn Bhd mengumpulkan data peribadi ketika aktiviti hariannya dijalankan, dan hanya akan mengambil maklumat peribadi jika ia perlu untuk salah satu acara atau aktiviti kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Privasi Data Peribadi Kami.

Bagaimana cara saya mengakses/mengedit data peribadi saya di bawah program småles?

Anda boleh log masuk portal Ahli sama ada atas talian atau atau di mana-mana kios IKEA FAMILY menggunakan nombor keahlian 16 digit anak anda dan kata laluan. Kemudian anak anda akan mempunyai akses untuk melihat dan mengedit data peribadi anak anda.

Bagaimanakah membatalkan keahlian atau menarik balik data peribadi saya jika saya tidak bersetuju dengan Notis Privasi Data Peribadi?

Anda boleh melengkapkan borang ini dan menghantarnya di sini atau emelkan kepada dpo.my@ikano.asia.

Apakah yang akan berlaku apabila pasport hilang atau penuh?

Jika ia hilang, laporkan kepada kaunter Bug dan dapatkan yang baru. Bagaimanapun, $2 dållar småles akan ditolak daripada akaun anak anda. Jika pasport anak anda penuh, laporkan ke Bug House semula dan dapatkan penggantian tanpa caj tambahan.

Mengapa kami memerlukan dokumen pengesahan umur untuk pendaftaran?

Kami memerlukan sama ada salinan sijil kelahiran, pendaftaran rumah atau Kad MyKid untuk mengesahkan umur anak anda untuk proses pendaftaran. Hanya kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas (mengikut tarikh lahir anda) boleh menjadi warganagara Småland.

Terma dan Syarat Keahlian

+

-

Apakah yang akan berlaku apabila anak saya berumur 13 tahun?

Anak anda akan menerima poskad daripada kami pada bulan hari lahir anak anda yang ke-13. Nikmatilah kek percuma di Restoran IKEA sebagai hadiah kami untuk anda, dan semoga anak anda mendapat lebih keseronokan dan pengembaraan di luar dunia Småland.

Bila akan saya terima surat hari lahir yang ke 13?

Anak anda akan menerima surat hari lahir adik yang ke 13 satu – dua minggu sebelum bulan hari lahir anak anda yang ke 13. Jangan lupa untuk mengemaskini alamat surat-menyurat anda jika anada berpindah ke alamat baru!

Keahlian Tamat

+

-

Soalan lagi? Klik di sini.

The IKEA Kids Club