Bahasa:
Tentang småles
4 - 7 Tahun
8 - 12 Tahun
Aktiviti & Promosi
Stor Shroom
Sudut Ibu Bapa
Log Masuk
Bahasa: English
Aktiviti untuk Ibu bapa dan anak-anak
Seni Makanan
Seni Makanan
Potong lobak merah, tomato atau buah-buahan dan sayur-sayuran, dan bantu anak anda mengatur makanan menjadi gambar di atas pinggan. Kedua-dua anda kemudian mengguna makanan untuk mereka watak yang berlainan dan terus makan selepas itu! Anda boleh mengguna buah zaitun sebagai mata, potongan timun untuk roda dan salad sebagai tingkap. Peluang yang baik untuk anak anda memakan sayur-sayuran tersebut!
Buih ajaib
Buih ajaib
Buat larutan buih anda sendiri dengan mencampur satu bahagian cecair pencuci pinggan dengan 10 bahagan air dan sedikit tepung jagung atau sirap jagung supaya buih melekat bersama.
Anak anda boleh mengguna apa-apa objek yang terbuka untuk menghasilkan buih, termasuk cincin daripada soda 6 pek atau penyangkut baju (dengan hujung tajam dibengkokkan untuk keselamatan). Cuba adakan pertandingan kecil untuk melihat siapa yang boleh membuat buih yang paling besar.
Kem di dalam rumah
Kem di dalam rumah
Dirikan khemah kecil dengan meletak selimut di atas perabut yang diatur dengan berhati-hati. Kemudian, keluarkan beg tidur, bantal, kusyen dan biskut dan susu. Kemudian bawa lampu suluh ke dalam khemah untuk mencipta kesan unggun api. Dengan cahaya tersebut, anda boleh adakan mainan bayang-bayang diiringi dengan cerita masa tidur sebelum tidurkan anak anda.
Pelumbaan titisan hujan
Pelumbaan titisan hujan
Kini musim monsun sudah tiba, ambillah peluang dari hari hujan ini sementara terperok di rumah, anda dan anak anda masing-masing boleh memilih satu titisan di kaca tingkap dan bersorak sehingga ia sampai ke pangkal tingkap. Sertakan sekali dengan bendera dan pom-pom untuk suka-suka saja.
Mensasar huruf
Mensasar huruf
Tuju ke arah laluan pejalan kaki dan gunakan kapur (kami cadangkan kapur MALA IKEA), tulis huruf dan nombor di atas tanah. Kemudian, dengan bersenjatakan botol penyembur, teriakkan satu nombor atau huruf agar anak anda berlari dan sembur di atasnya pada masa yang ditetapkan, Latihan sesuai untuk mereka mempelajari huruf dan nombor sekali gus. Anda juga boleh menghasilkan persamaan untuk pembelajaran mathematik.